Dikisahkan tentang seorang sahabat bernama Abu Dujanah RA, tidak memiliki harta namun ketakwaannya tinggi. Setiap hari, usai solat Subuh, beliau sentiasa dilihat terburu-buru keluar dari masjid tanpa menunggu untuk berdoa mahupun doa dari Nabi SAW.

Hal ini berlarutan sehinggakan baginda sendiri perasan dan bertanyakan sekiranya beliau tiada permintaan dari tuhan. Namun, jawapannya telah menyebabkan air mata baginda SAW luruh ke pipi.

Diberitahunya bahawa buah dari pohon kurma milik jirannya sentiasa jatuh ke halaman rumahnya, dan oleh kerana keluarganya sering kali tidak mempunyai makanan, dikhuatiri anak kecilnya akan memakan buah tersebut kerana kelaparan.

Justeru, beliau terpaksa bergegas pulang supaya sempat mengutip ke semua buah yang jatuh untuk dikembalikan sebelum anaknya bangun. Jika anaknya termakan sekalipun, akan disuruh mereka memuntahkan kembali kerana tidak ingin tersisa makanan haram di dalam perut anaknya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, 

“Tiap-tiap daging yang tumbuh dari benda yang haram, maka neraka lebih utama untuknya.” (HR Tirmizi)

Masya-Allah. 

Sebak hati baginda SAW mendengarkan kisah Abu Dujanah, lalu meminta pemilik pohon tersebut dijualkan kepadanya, tetapi enggan dijual jika bukan dengan wang tunai. 

Datang Abu Bakar RA yang menawarkan 10 buah pohon kurma yang terbaik di kota tersebut sebagai ganti. Begitu girang hati jiran tersebut, lantas bersetuju untuk menjualnya. Dengan begitu, pohon tersebut akhirnya menjadi milik keluarga Abu Dujanah.

Oleh itu, beringatlah, jika kita ada rezeki lebih, janganlah enggan untuk memberikan kepada mereka yang memerlukan, lebih-lebih keluarga atau jiran tetangga. Alangkah berharganya sekecil-kecil amal yang kita lakukan ini dapat menyelamatkan saudara kita dari memakan yang haram.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment