Tabung kemanusiaan ini telah membuka peluang lebih luas bagi saluran bantuan kepada penduduk Kampung Raja Hilir

Pihak NGO Persatuan Penduduk Kampung Raja Hilir (PPKRH) telah mengambil insiatif menjalankan kempen kutipan dana bagi para penduduk Kampung Raja Hilir untuk mempercepatkan penambahbaikan di sana.

Menerusi pendedahan terhadap keadaan kampung tersebut yang sering memerlukan dana pada tahun-tahun sebelumnya, ini telah memberi manfaat yang baik kerana ia telah menarik minat ramai para dermawan untuk sama membantu.

Hal ini lebih-lebih lagi akibat pandemik dahulu ketika seluruh pelosok dunia terjejas, penduduk Kampung Raja Hilir tidak kurang terganggunya seiring dengan keadaan ekonomi negara.

Syukur di atas sumbangan para penderma di sumbangan.com, PPKRH dapat menyediakan keperluan bagi menaik taraf infrastruktur yang sedia ada serta memberikan bantuan makanan asas kepada yang kurang bernasib baik.

Melalui kempen yang dijalankan ini juga dapat disalurkan sebagai tabung awal bencana sepertimana yang semua sedia maklum bahawa lokasi kampung tersebut sentiasa terkesan dengan banjir besar.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)

sumbangan.com amat berharap supaya para pembaca serta penderma sekalian dapat menyebarkan kebaikan sebagaimana Rasulullah SAW telah sarankan ke atas kita agar hidup kita lebih diberkati.

Insya-Allah.

Jom #BuatBaik bersama sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment