Kerosakan di tempat-tempat yang dikongsikan ramai, sama ada tempat perkumuhan ataupun tempat beribadah adalah merupakan suatu kebiasaan.

Contohnya masjid, mana-mana masjid sekalipun akan sentiasa beroperasi tanpa mengira keadaan asalkan ia tidak membahayakan nyawa supaya umat Islam dapat menunaikan ibadah mereka untuk menggandakan pahala, insya-Allah.

Namun begitu, selain daripada mereka yang benar-benar teguh iman mereka dan hanya fikirkan ibadah dan akhirat semata, ada yang mungkin berasa tidak selesa untuk melakukan perkara yang sama apabila keadaan sekeliling yang tidak selesa jauh lebih mempengaruhi mereka daripada keinginan untuk solat di masjid.

Sehubungan itu, hal ini tempat yang selesa sering dikaitkan dengan ketenteraman serta keselamatan seseorang individu, apatah lagi apabila ingin mengerjakan solat dan bertafakur yang memerlukan daya fokus yang tinggi supaya dapat mengerjakan ibadah yang berkualiti.

Masjid Tunku Alif Hussein Al-Amin Kariah Tengkek merupakan antara masjid yang tidak asing dengan isu ini di mana telah berlaku kebocoran air dari bahagian bumbung yang menyebabkan ketidakselesaan terhadap jemaah yang datang untuk beribadah. Lebih-lebih bagi dengan cuaca di Malaysia yang mempunyai hujan sepanjang tahun, hal ini amat membahayakan keselamatan para jemaah sekiranya ada yang tergelincir akibat air hujan yang yang membasahi lantai masjid.

Oleh itu, masjid ini telah diambil perhatian lebih untuk dinaik taraf supaya lebih ramai jemaah di Kampung Tengkek datang mengimarahkan rumah Allah tersebut. Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) yang amat prihatin akan situasi ini telah mengambil langkah membuka sebuah kempen bagi memberi peluang kepada para dermawan untuk mencari keuntungan akhirat melalui kempen ini.

Syukur dengan derma yang diberikan telah membantu banyak bag pihak masjid membeli barang dan peralatan keperluan untuk membaik pulih masjid tersebut. Kerja-kerja pembaikian yang dijalankan melalui dana tersebut telah menyebabkan bumbung masjid tidak lagi bocor. Alhamdulillah.

Ini antara bukti bahawa sedikit sedekah yang anda berikan dapat memberi manfaat yang besar kepada orang ramai, lebih baik apabila manfaat tersebut dapat digunakan untuk kebaikan dalam jangka masa yang panjang.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan KebaikanšŸ¤

Author

Write A Comment