Dalam kita leka membeli bermacam-macam juadah berbuka sehinggakan terkadang terbazir begitu sahaja, cuba kita berhenti sejenak dan fikirkan nasib orang lain di luar sana.

Tentang mereka yang tiada bumbung untuk berteduh, tentang mereka yang tiada air bersih untuk membasahkan tekak ketika berbuka, atau tentang mereka yang tiada makanan yang cukup bagi menahan lapar sepanjang Ramadan ini.

Nabi SAW ada bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga dia menginginkan untuk saudaranya apa yang dia inginkan untuk dirinya sendiri.”
(Sahih al-Bukhari, No. 13; Sahih Muslim, No. 45)
Sedekah kita mungkin kecil bagi kita, tapi besar maknanya buat mereka. Mungkin dengan sumbangan kita, ada anak yatim yang dapat makan kenyang, ada ibu tunggal yang dapat membeli keperluan anaknya, ada keluarga yang tidak perlu tidur dalam kelaparan, atau mungkin ada hati yang berasa tenang untuk beribadah pada Ramadan ini.


Moga setiap sen yang kita hulurkan bakal menjadi bekalan pahala buat kita di akhirat kelak. Amin.
Layari sumbangan.com sekarang dan jadilah sebahagian daripada kebaikan yang berterusan sepanjang Ramadan!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.