Sedekah kerusi lipat buat para tetamu Allah SWT di Tanah Suci Mekah bagi memudahkan urusan ibadah mereka.

Ibadah fardhu merupakan kewajipan yang dituntut dalam hidup kita sebagai seorang muslim di muka bumi Allah SWT.

Namun, sepertimana yang kita tahu bahawa Islam itu mudah, Islam semestinya memberikan keringanan bagi kita dalam apa jua keadaan supaya kita belajar erti berdisiplin dengan tanggungjawab.

Sejumlah 50 buah kerusi lipat yang disedekah pada 25 Zulhijjah

Kempen Infaq Kerusi Solat di Masjidil Haram Tanah Suci Mekah yang telah berjalan selama dua bulan lebih kini sudah mengumpul lebih 40 peratus dari sasaran kutipan.

Ustaz Fahrul wakil PPIM dan sumbangan.com di Tanah Suci Mekah melaporkan perkembangan kempen pada 25 Zulhijjah

Alhamdulillah, rezeki dari para penyumbang yang gemar memberi.

Hasil dari kutipan dana yang terkumpul telah digunakan untuk menyedekahkan kerusi lipat di sana pada setiap Jumaat, insya-Allah.

Semoga dengan infaq yang diberikan ini dapat dimanfaatkan dengan baik oleh para jemaah yang memerlukan penggunaannya. Amin.

Jom #BuatBaik bersama sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment