Sayidina Sa’ad bin Abi Waqqas yang juga dikenali sebagai Sa’ad bin Malik, disebut sebagai salah seorang dari sahabat yang terawal memeluk Islam, dan juga antara yang dijamin baginda SAW masuk ke dalam syurga Allah kelak.

Wafat pada usia 83 tahun, beliau tergolong dalam kalangan sahabat yang mempunyai umur yang panjang sehinggakan beliau sempat hidup dalam pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan. 

Malah, Sa’ad juga disebut-sebut sebagai pemanah yang hebat apabila beliau menjadi orang pertama yang melepaskan panahan dalam peperangan demi membela agama Islam dan juga mujahid pertama yang terkena anak panah ketika perang.

Masya-Allah. 

Justeru, sewaktu pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, Sa’ad telah diangkat sebagai panglima perang dalam Perang Qadisiyah melawan Parsi dan seterusnya berjaya membawa pasukan Islam menawan Kerajaan Parsi.

Begitu juga ketika pemerintahan Khalifah Uthman apabila beliau dilantik untuk mengetuai pasukan Islam ke tanah besar China yang mendorong kepada titik permulaan tamadun Islam di sana. 

Mungkin bagi kita dalam era kini, mustahil untuk kita melakukan sumbangan sebegitu besar demi agama Islam, namun sedarlah bahawa sumbangan untuk agama Allah SWT itu luas. Ia subjektif. 

Oleh itu, meski kita rasakan hanya sumbangan kewangan sahaja yang kita mampu, itu juga sudah cukup bermakna untuk mereka yang memerlukan. 

Semoga dengan sedekah yang kita hulurkan bukan sahaja dapat meringankan beban mereka yang susah, tetapi juga dapat menebarkan lagi sayap agama Allah ke seluruh pelosok dunia. Insya-Allah.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan. 

Author Admin

Write A Comment