Berbeza dari bulan-bulan yang lain, Safar, sejak dari zaman Rasulullah SAW telah dianggap sebagai bulan pembawa kecelakaan. 

Daripada Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

”Tidak ada penyebaran penyakit(secara tabi’i), tidak ada kesialan dalam bulan safar bahkan tidak ada Ghul(Syaitan yang boleh menyerupai dalam pelbagai bentuk untuk menyesatkan manusia).

[Riwayat Muslim, Ibnu Hibban, dan Ahmad]

Menurut laman Mufti, para ulama berpandangan hadis ini merujuk kepada kepercayaan karut masyarakat Arab Jahiliah yang dilarang keras oleh Rasulullah SAW.

Tambahan, jika kita renungkan didikan yang telah kita terima sedari kecil, segala apa yang berlaku hanya terjadi dengan izin Allah SWT. 

Beringatlah, kita mungkin boleh mencorakkan sesuatu perkara, tapi takdir hanya pada Allah SWT. Maka, jika ada sebarang musibah sekalipun yang terjadi kebetulan jatuh pada bulan Safar juga kerana kehendak Allah SWT. 

Justeru, pada ketika muslim lain masih mempercayai kepercayaan karut ini, wajib bagi kita untuk sebarkan ilmu ini supaya kita semua tidak terjatuh dalam golongan terpesong akidah dan dapat beribadah dengan hati yang lebih tenteram. 

Banyakkan beramal soleh, luaskan pengetahuan akhirat, insya-Allah akidah kita akan lebih kukuh. 

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment