Alhamdulillah, kita telah memasuki 10 malam terakhir Ramadan iaitu malam-malam yang penuh rahmat, keampunan, dan keberkatan. Saat yang begitu istimewa ini mungkin tidak akan datang lagi buat kita tahun depan. Maka, marilah kita manfaatkan dengan sepenuh hati.

Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang beribadah pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari & Muslim)

Bukan hanya solat dan doa, sedekah juga adalah amalan yang sangat dianjurkan dalam malam-malam ini. Jika sedekah kita dilakukan pada malam Lailatul Qadar, pahalanya seolah-olah kita bersedekah selama lebih dari 83 tahun!

Jangan lepaskan peluang ini! Mari ringankan beban mereka yang memerlukan dengan bersedekah di sumbangan.com. 

Setiap ringgit yang kita hulurkan bukan sahaja memberi harapan kepada mereka, tetapi juga menjadi bekalan pahala yang tidak ternilai buat kita.

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan kita keampunan serta rahmat-Nya. Aamiin.

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment