Nabi Ibrahim, seorang nabi yang dikisahkan amat suka menjalankan ibadah korban sehinggakan baginda pernah mengorbankan 1,000 ekor kambing, 300 ekor lembu dan 100 ekor unta.

Pada ketika puteranya itu belum lagi dilahirkan, baginda pernah berkata,

“Semua yang menjadi korbanku itu belumlah menjadi apa-apa bagiku. Demi Allah, kalau aku mempunyai anak lelaki, tentu aku akan persembahkan juga di jalan Allah dan aku korbankan dia untuk Allah SWT”.

Walau bagaimanapun, baginda seolah-olah lupa akan kata-katanya setelah lahirnya Nabi Ismail, lantas Allah SWT hadirkan mimpi-mimpi tentang suruhan penyembelihan ke atas puteranya itu bagi menguji kesabaran dan ketaatannya. 

Oleh kerana mereka membenarkan mimpi tersebut dan bersedia untuk penyembelihan Nabi Ismail, Allah gantikan dengan seekor kibas dari syurga sebagai korban. 

Sesungguhnya kisah inilah yang telah menjadi lambang kepatuhannya seorang hamba dan sehingga saat ini masih dikagumi seluruh muslim di dunia. 

Jadi, jom! Laksanakan korban pada tahun ini sebagai mengingati kisah ketakwaan keluarga Nabi Ibrahim AS kepada Allah SWT. 

Korbanlah sebagai tanda syukur bersama sumbangan.com

Author

Write A Comment