Sungguh sebaik-baik sedekah adalah sedekah yang dapat memberi pahala berterusan kepada pengguna serta pemberinya.

Dimulakan sejak 19 April 2023, kempen sedekah ini telah berjalan selama 3 bulan dan masih lagi berlangsung sehingga sekarang.

Dengan sasaran asal dituju kepada para dermawan yang dahagakan pahala, kempen ini boleh dikatakan salah satu contoh kempen yang berjaya menarik ramai untuk menderma.

Hal ini kerana, umum mengetahui bahawa bersedekah seikhlas hati sahaja sudah dikira melakukan satu kebaikan yang dijamin pahala. Namun, apabila sedekah itu dengan hasilnya digunakan untuk membeli al-Quran bagi penggunaan ramai, pahalanya pasti akan terus mengalir sehingga ke Hari Kiamat kelak!

Masya-Allah. Begitu besar pahala sedekah untuk kempen sebegini yang disertakan niat ikhlas di hati.

150 naskhah al-Quran telah diwakafkan pada 18 Zulhijjah lalu.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dan rezeki dari para dermawan, pihak organisasi dapat membelikan sebanyak 100 ke 200 naskhah al-Quran pada setiap hari Jumaat sejak 14 Syawal, dan yang paling terkini pada18 Zulhijjah 1444H, dan telah pun diwakafkan ke Masjidil Haram.

Ustaz Fahrul, wakil PPIM dan sumbangan.com di Mekah

Insya-Allah, untuk setiap hari Jumaat ke depan juga pihak yang telah dipertanggungjawabkan akan terus mewakafkan al-Quran hasil dari kutipan kempen ini.

Semoga amalan baik sebegini boleh diteladani dan menjadi wasilah bagi para penyumbang sekalian untuk terus berkongsi rezeki kepada yang memerlukan.

Jom #BuatBaik bersama sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment