Sewaktu Perang Tabuk, umat Islam pada ketika itu berada dalam keadaan ekonomi yang agak teruk. Justeru, Rasulullah SAW menyeru para dermawan untuk menyumbang harta mereka sebagai bekal buat pasukan yang bakal berjihad, lalu datanglah beramai-ramai kaum muslimin memenuhi kota Madinah bagi menyahut seruan itu.

Dalam pada itu, seorang sahabat, Ulbah bin Zaid yang seorang fakir, tidak memiliki harta yang dapat diinfakkan bagi membantu pasukan perang, pulang dengan hati yang galau sehingga terbawa-bawa ketika ingin tidur. 

Pada malam itu, beliau bangun berwuduk dan solat dua rakaat lalu berdoa. 

Dalam doanya, beliau merintih kerana sedih dan mengharapkan agar kehormatannya diterima sebagai sedekah kerana itu sahaja yang dimiliki. 

Keesokannya, beliau sertai solat berjemaah bersama Rasulullah SAW dan selesai solat, baginda bertanya akan siapa yang telah bersedekah pada malam sebelumnya dan tiada seorang pun yang menjawab termasuk Ulbah. 

Allah SWT Maha Mendengar, Allah SWT tidak menyia-nyiakan doanya dan telah Dia maklumkan kepada kekasih-Nya melalui perantaraan malaikat Jibril tentang sedekah Ulbah. 

Lalu, Rasulullah SAW menghampirinya dan berkata, “Bergembiralah Ulbah. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya sedekahmu tadi malam telah ditetapkan sebagai sedekah yang diterima.”

Iktibarnya, setiap orang memiliki peluang tersendiri untuk bersedekah. Contohilah Ulbah bin Zaid, dan ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa mendengar dan bersama orang yang soleh.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment