Apabila bercakap mengenai isu kesihatan, jika diamati adalah isu yang sensitif untuk dibahaskan kerana dengan usia yang semakin bertambah, semakin tinggi kemungkinan untuk terkena penyakit yang serius.

Namun, apabila dipetik soal kesedaran pula, hanya beberapa sahaja yang benar-benar sedar akan realiti hidup. Realiti yang harus ditelan bahawa hidup harus sentiasa berpimpinan dengan tubuh yang sihat.

Jaga kesihatan sebenarnya bukanlah sekadar menjaga badan dengan sentiasa bersenam. Hakikatnya dalaman kita juga perlu dijaga.

Betul, ia tidak salah. Akan tetapi, manfaatnya hanyalah di dunia ini sahaja.

Kenapa dunia sahaja? Kerana ada cara lain untuk kita jaga diri kita, jaga kesihatan dengan turut mandapat ganjaran yang bakal memberi manfaat di akhirat kelak.

Tahukah kita amalan soleh yang boleh memberikan kita kesihatan yang baik?

Sedekah.

Sedekah dikatakan mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan diri melalui beberapa penemuan melalui akhbar.

Yang pertamanya adalah sedekah harta dapat mengurangkan stress seseorang. Hal ini kerana, kadang apabila seseorang itu sentiasa mengumpulkan hartanya tanpa berkongsi sedikit pun, pasti akan datang rasa terancam dan tidak senang hati kerana risau hartanya akan diambil orang. Sebaliknya pula apabila berbagi rezeki, kita akan lebih bahagia dengan melihat si penerima tersenyum dan secara tidak langsung dapat mengurangkan stress.

Sehubungan itu, dengan kurangnya stress, tekanan darah juga turut akan berkurangan dan stabil kerana kita semestinya akan sentiasa dikelilingi dengan aura-aura positif dari mereka yang menerima yang dapat menceriakan hari kita.

Apabila kita terhindar dari rasa stress, mood kita juga stabil dan bahagia, insyaAllah usia turut akan lebih panjang. Penjagaan kesuluruhan emosi sebenarnya benar-benar memberi impak kepada kita sehinggakan boleh mempengaruhi jangka hayat.

Jadi, apa lagi yang tidak cukup dengan sedekah kerana bukan setakat emosi kita akan lebih terkawal, namun juga dapat memberikan kita kesihatan yang lebih baik dengan penjagaan dari dalam sekaligus turut mengganjarkan kita pahala untuk dihisab kelak.

Insya-Allah, sama-sama kita cuba sebaik mungkin untuk perbanyakkan bersedekah dan perbaiki gaya hidup kita supaya dapat kerjakan lebih banyak lagi amalan soleh.

Jom #BuatBaik dengan sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment