Kadang kita lupa…

Bahawa setiap sedekah, walau sekecil mana pun, sebenarnya mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Justeru, penulisan kali ini adalah tentang satu amalan yang dijamin syurga, dengan pintu khas menantikan mereka yang istiqamah dalam bersedekah.

Namun, tahukah anda? 

Antara syarat utama sedekah yang diterima Allah SWT adalah apabila ia datang daripada rezeki yang halal dan baik, dilakukan dengan niat yang ikhlas, dan diiringi rasa gembira ketika memberi.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 262:

“Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan terhadap mereka, serta mereka tidak akan berdukacita.”

Siapa tahu, ketenangan yang kita cari dalam hidup, rupanya hadir dalam setiap pemberian yang ikhlas.

Bukan pada jumlahnya, tapi pada niat di hati.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment