Bulan ketiga dalam bulan Islam ini sentiasa digemakan dengan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW oleh umat Islam di seluruh pelosok dunia kerana bulan inilah yang menjadi saksi lahirnya kekasih Allah SWT pada tahun 571 Masihi.
Bulan bertuah ini adalah bulan Rabiulawal.
Lahirnya telah membawa sinar cahaya kebenaran yang telah menarik ramai umat manusia dari lembah kegelapan yakni neraka dunia dengan berpandukan kitab suci al-Quran.
Masya-Allah.
Semoga kita tidak mensia-siakan bulan ini dengan perkara yang tidak bermanfaat, sebaliknya jadilah antara mereka yang terpilih sebagai penerima syafaat dari junjungan besar kita pada hari akhirat kelak.
Bersama kita bekalkan diri dengan iman dan takwa, serta kongsilah harta dengan mereka yang susah. Insya-Allah pintu rezeki kita akan terbuka lebih luas di bulan ini.
Jom #BuatBaik!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.