Dalam buku Ajaibnya Bersedekah karya Muhammad Muhyidin, diceritakan tentang seorang pemuda di zaman Nabi Isa AS yang terkenal dengan sifat kedekut, hingga digelar Mal’un.

Suatu hari, seorang lelaki soleh ingin meminjam pedangnya untuk berperang, namun Mal’un berdiam diri. Tidak lama kemudian, dia menyesal dan segera memberikannya.

Sepulangnya dari perang, lelaki itu bertemu Nabi Isa AS dan menceritakan hal tersebut. Nabi Isa AS yang sedang bersama seorang ahli ibadah berasa gembira mendengar berita itu, lalu pergi ke rumah Mal’un.

Mal’un menyambut mereka dengan baik, namun ahli ibadah itu enggan masuk.

Kemudian, turunlah wahyu dari Allah SWT kepada Nabi Isa AS tentang pengampunan dosa buat Mal’un kerana sedekah pedangnya dan kerana telah memuliakan baginda AS, serta dititipkan ahli ibadah itu sebagai temannya di syurga kelak.

Akan tetapi, ahli ibadah itu masih juga enggan menerima Mal’un.

Justeru, turunlah satu lagi wahyu bahawa Allah SWT akan memasukkan Mal’un ke dalam syurga sebagai ganti amal yang dilakukan oleh ahli ibadah itu, oleh kerana keengganan ahli ibadah dari menerima keputusan Allah SWT.

Masya-Allah. Begitu besar ganjaran untuk hamba-Nya yang bersedekah di jalan-Nya.

Semoga kita turut tergolong dalam kalangan mereka yang sentiasa memperjuangkan kebaikan.

Jangan lupa, #BuatBaik hanya di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment