Dikisahkan Abu Talhah al-Ansari atau nama penuh beliau, Saidina Zaid bin Sahl al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat yang mulia hatinya. 

Beliau mempunyai sebuah kebun kurma Bairuha yang besar dan sihat di Kota Madinah yang juga merupakan satu-satunya tempat yang mempunyai sumber air yang paling bersih, dan sering diziarah Rasulullah SAW. Pada suatu hari sedang beliau menunaikan solat sunat di kebunnya, solatnya terganggu apabila fokusnya teralih kepada burung yang berterbangan dari satu dahan ke dahan-dahan pepohon kurmanya. 

Dalam Shahihain dari Anas bin Malik, turun firman Allah yang bermaksud,

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.”

TMQ Ali Imran (3): 92

Mendengarkan firman Allah SWT, Abu Talhah kemudiannya mengambil keputusan untuk sedekahkan kebunnya di jalan Allah SWT.

Abu Talhah berkata kepada Rasulullah,

“Sesungguhnya hartaku yang paling aku cintai adalah Bairuha, dan kupersembahkan ia sebagai sedekah. Aku berharap kebaikannya dan simpanan (di akhirat).”

Namun, Rasulullah SAW kembalikannya kepada Abu Talhah untuk membahagi hasil kebun tersebut kepada saudara-maranya yang lebih memerlukan, kemudian barulah diberikan kepada kaum muslimin lainnya.

Begitu besar kasih Abu Talhah terhadap amal akhirat sehingga sanggup mempertaruhkan hartanya yang paling berharga demi ketaatannya kepada Allah SWT. 

Sedangkan kita? Hanya dengan RM10 yang mungkin dianggap kecil masih belum tentu sanggup dikongsi. Allahu Akbar. 

Semoga kita dapat menjadikan kisah Abu Talhah sebagai teladan hidup untuk bersedekah fi sabilillah. 

Jom #BuatBaik bersama sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment