Ada orang kat Malaysia ni, sanggup habiskan beratus dan beribu ringgit untuk beli macam-macam jenis vitamin, suplemen, dan makanan tambahan untuk pastikan mereka ini kekal sihat. 

Belum masuk mereka yang bersenam sampai tak ingat dunia untuk pastikan badan mereka fit dan sihat. 

Kejap! Bukan nak kata apa yang dibuat oleh mereka ni salah. Bukan juga nak kata perbuatan mereka ni membazir duit. Bukan tau! 

Yang mereka buat tu bagus untuk pastikan badan mereka iaitu jasmani atau fizikal mereka terjaga. Segala otot, anggota dan organ dalaman berfungsi dengan baik melalui senaman dan mengambil makanan kesihatan. 

Sebenarnya, nak sihat ni ada macam-macam cara yang kita boleh buat selain daripada berjoging berpuluh kilometer atau menelan macam-macam jenis suplemen. 

Sedekah Sihatkan Badan? 

Ada seorang ahli psikologi Amerika, David Klein pernah menjalankan satu eksperimen pelik untuk mengetahui perubahan tubuh dengan perbuatan memberi. 

Apa yang dia buat adalah kumpulkan sampel air liur daripada sekumpulan orang yang suka memberi hadiah. 

Nak tahu tak apa dapatan daripada eksperimen ni? 

Hasilnya, dalam sampel air liur yang dikumpulkan tu didapati wujudnya komponen protein (amino asid) yang boleh meningkatkan imunisasi tubuh. 

Protein jenis ini boleh memberikan perlindungan terhadap sebarang jangkitan daripada bakteria dan kuman di saluran pernafasan dan juga sistem penghadaman manusia. 

Ini merupakan penemuan yang mengejutkan. Iyalah, amalan memberi hadiah atau sedekah ini tidak melibatkan aktiviti fizikal yang banyak tetapi kesannya sangat besar kepada sistem tubuh badan manusia. 

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Maka, benarlah sabda Rasulullah SAW yang bersedekah itu tidak akan mengurangkan harta. Bukan hanya harta material saja yang terjamin, tetapi rezeki kesihatan tubuh turut disertakan sekali hanya dengan amalan sedekah! 

Begitu senang Allah mengurniakan kemuliaan kepada mereka yang suka sedekahkan hartanya untuk jalan Allah. Allah SWT tidak akan pernah memungkiri janji-Nya!

Kita Happy-Happy Dengan Sedekah! 

Hari hujung bulan. Gaji baru saja masuk dalam akaun bank kita. Dah macam-macam benda yang kita fikirkan untuk dibeli nanti tapi anda nak kena selesaikan satu benda dulu. 

Satu panggilan dibuat. 

“Mak, along dah bank in duit sikit. Ambillah buat belanja nanti!” 

Apa yang anda rasakan lepas panggilan tu? 

Rasa tenang yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Rasa bahagia yang tidak boleh dibeli walau dengan segunung harta sekali pun. 

Atau, anda belanja kawan anda makan. Tengok wajah gembira kawan anda tu pun dah cukup untuk buatkan terbit rasa bahagia yang berbeza berbanding bahagia disebabkan benda lain. 

Sebuah kegembiraan yang Allah telah rezekikan kepada mereka yang tidak pernah lokek dengan hartanya dan berkongsi setakat mana yang boleh. 

Atau dalam bahasa sainsnya, badan anda dah keluarkan hormon dopamin  yang menerbitkan rasa bahagia, gembira, dan suka dalam otak anda. 

Hormon dopamin ni bukan hanya berfungsi untuk berikan rasa bahagia dan suka kepada diri anda saja, ada banyak lagi manfaat dopamin yang mungkin anda tak sedar pun selama ni. 

Kalau anda nak hidup lama lagi, penting untuk badan anda sentiasa hasilkan hormon dopamin ni. Sebabnya hormon dopamin ni boleh meningkatkan penyembuhan sel. 

Sakit jantung pun takkan berani nak singgah kat badan anda kalau bekalan dopamin sentiasa cukup dalam badan anda ni. 

Sedekah Itu Tak Pernah Merugikan. 

 “Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad. 

Sedekah itu takkan pernah jadikan anda rugi. Malah anda akan dapat macam-macam manfaat hanya dengan melaburkan sikit saja daripada harta yang anda ada untuk tujuan ni. 

Sebagai contoh? Manfaat kesihatan, siap dengan bukti saintifik lagi buat mereka yang suka menjadikan sedekah ini sebagai satu amalan harian.

Jangan takutlah anda akan rugi dengan setiap sedekah yang anda bagi. Allah SWT & Rasulullah SAW sendiri dah berjanji macam-macam untuk mereka yang suka bersedekah. Anda kena ingat, janji Allah dan Rasulullah tu adalah janji yang pasti! 

Kalau anda nak cari jalan untuk membuat kebaikan, apa kata anda memberi dan menderma saja di sumbangan.com. Dengan pilihan lebih ribuan kempen kebajikan yang boleh anda pilih, sumbangan.com kini memudahkan kebaikan untuk semua!

Teruskan beramal dan menyumbang di sumbangan.com, Memudahkan Kebaikan. 

Author

Write A Comment