Islam di alaf baharu kini semakin mencabar tatkala anak-anak muda semakin lincah menggunakan gajet tidak kira masa, di mana sahaja. Selari dengan pembangunan dunia, penglibatan IT dalam kehidupan seharian semakin meningkat, begitu juga dalam pendidikan.

Melihatkan semakin ramai anak-anak muda kini kian terhakis rasa malu dalam diri, ibubapa yang tidak peka akan keburukan hal sebegini secara tidak langsung menjadi pendorong kepada akhlak anak-anak mereka semakin merudum.

Jadi persoalannya, adakah pembelajaran agama di dalam kelas sahaja sudah cukup untuk menangani isu sebegini?

Tidak. Pembelajaran tanpa amalan adalah sia-sia. Ilmu yang diterima juga akan singgah untuk waktu yang singkat di minda, dan boleh jadi akan terus terbang setelah musim peperiksaan berlalu.

Justeru, di sinilah wujudnya kepentingan mempunyai suasana atau persekitaran yang baik, yang menerapkan gaya hidup Islami.

Gaya Hidup Islami

Penerusan budaya seperti majlis sambutan Maulidur Rasul dengan perarakan yang mengumandangkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, majlis-majlis ilmu dan pertandingan yang bersesuaian ketika bulan Ramadan, majlis khatam al-Quran, majlis penganugerahan untuk anak-anak pelajar yang cemerlang dalam apa sahaja bidang berunsur keagamaan.

Di rumah pula, ibubapa boleh teruskan dengan binaan budaya yang positif dan amalan solat berjemaah secara rutin. Ini secara natural akan memberikan kesinambungan yang baik dengan amalan yang dipraktikkan di sekolah.

Dengan wujudnya gaya hidup sebegini, bukan sahaja ia dapat membaiki akhlak mereka, tetapi juga dapat menyiapkan mereka sebagai bakal pemimpin negara di masa akan datang.

Jangan kita sia-siakan hidup anak-anak hanya kerana taksub dengan ‘trend’ semasa. ‘Trend’ hanyalah ‘trend’ dan akan sentiasa silih berganti, tapi peluang untuk membentuk masa depan anak adalah dari sekarang.

Jika ditunggu nasi menjadi bubur, apapun akan menjadi mustahil untuk diubah.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author Admin

Write A Comment