Alhamdulillah, sedekah daging tahun ini berjaya lagi!

Ibadah korban seperti yang kita maklum, disyariatkan untuk mereka yang berkemampuan sahaja, manakala yang tidak berkemampuan pastinya tergolong dalam kalangan mereka yang menerima.

Walau bagaimanapun, terdapat kempen kutipan dana yang telah dijalankan sepanjang musim korban yang menyasarkan mereka yang ingin turut memperoleh pahala dengan berkongsi melalui sedekah daging meskipun bukan daging korban.

Meski pahala yang diterima oleh para penderma ini tidak sama dengan mereka yang melaksanakan ibadah korban, namun mereka tetap melakukan apa yang mereka mampu untuk mendapatkan pahala sebanyak-banyaknya dan berkongsi kebahagiaan kepada orang lain apatah lagi dalam bulan mulia ini.

Rezeki Allah SWT itu luas. Siapa tahu, mungkin untuk kali berikutnya rezeki mereka ini pula yang cukup untuk jalankan ibadah korban? Lagipun, Allah SWT adalah Al-Kareem, Maha Pemurah yang tidak mengenal batas dalam memberikan rezeki.

Justeru, PPIM telah melancarkan kempen ini pada setiap musim korban melalui platform sumbangan.com bagi meraih sebanyak mungkin dana untuk pembelian haiwan korban supaya ia akan sampai kepada lebih ramai lagi golongan yang tidak pernah merasa daging.

Alhamdulillah rezeki dari para dermawan telah memberi peluang untuk pihak penganjur menceriakan Hari Raya Aidiladha buat umat Islam dalam kategori asnaf miskin di Mekah. Sembelihan yang dilaksanakan di Kilo Asyarah, Kota Suci Mekah, telah dikendalikan oleh wakil bertauliah, dan syukur telah berlangsung dengan baik.

Semoganya pada tahun-tahun akan datang, semangat seperti ini dapat diteruskan atau lagi baik dibesarkan lagi sehingga dapat meliputi ke semua golongan asnaf di setiap ceruk dunia untuk merasa daging pada musim korban. Insya-Allah.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author Admin

Write A Comment