Semua yang berlaku bersebab kerana Allah lebih tahu.

Ada orang dibesarkan dalam keluarga yang kecil, tapi rezeki melimpah. Ada pula yang lahir dalam keluarga yang besar, tapi rezeki sempit. Inilah antara sebab mengapa kita perlu pecaya bahawa rezeki, jodoh dan ajal adalah rahsia Allah SWT.

Mungkin mereka yang dilahirkan dalam rezeki melimpah, tetapi kurang dari segi kebahagiaan hidup, namun sebaliknya pula untuk mereka yang kurangnya rezeki. Ada pula yang dibesarkan dalam kelompok yang besar yang bukanlah asal dari darah daging yang sama, tapi masih bahagia.

Contohnya, rumah-rumah kebajikan. Di rumah-rumah yang ada pengurusnya, kebiasaannya anak-anak yang ramai dijaga dan dibentuk oleh beberapa tenaga kerja yang bertugas bersama supaya anak-anak lebih terdidik dengan baik budi pekerti serta tahu agama.

Walau bagaimanapun, mendidik dan membesarkan anak-anak merupakan dua perkara yag berbeza apatah lagi untuk yang begitu ramai, semestinya memerlukan kos yang sangat besar sebagaimana ibubapa yang harus menjaga anak seorang, tapi dalam bilangan yang lebih besar.

Oleh itu, penggunaan kewangan terpaksa dititikberatkan supaya tidak terlebih berbelanja. Di Rumah Jalinan Kasih yang diusahakan oleh Ibu Ella, mereka di sana membesarkan anak-anak yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, asnaf terabai, mangsa seksual, dan ibu tunggal yang kebanyakannya di hantar dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Meski pihak pengurusan terbeban dengan kewangan bulanan yang begitu besar, namun sebagai insan yang berperikemanusiaan, manalah sanggup untuk mengabaikan mereka yang masih kecil. Apatah lagi tanggungjawab untuk mencari sumber pendapatan adalah pada orang dewasa, bukan anak-anak.   

Melihatkan baki dana yang agak membimbangkan, Ibu Ella mengambil ikhtiar untuk menjalankan kempen kutipan dana sebagai tabung untuk masa depan anak-anak di Rumah Jalinan Kasih. Kempen tersebut yang telah berjalan sejak Februari 2023 kini telah mencapai sasaran dan insyaAllah telah diterima terus kepada pihak Ibu Ella.

Jasa besar para penderma yang sama-sama menyumbang bagi kebajikan ini telah membuahkan hasil yang besar dan semestinya memberi senyum buat anak-anak di situ.

Diharapkan para penderma sekalian akan berterusan dengan misi #BuatBaik untuk membantu lebih ramai lagi yang memerlukan melalui kempen-kempen di sumbangan.com.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan

Author Admin

Write A Comment