Pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang pengemis buta Yahudi yang sering menghina baginda dan menghasut orang ramai agar menjauh daripada ajarannya.
Namun setiap hari, tanpa diketahui oleh si pengemis, Rasulullah SAW tetap menyuapkan makanan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Selepas baginda wafat, Saidina Abu Bakar r.a. datang meneruskan amalan tersebut. Tetapi pengemis itu segera menyedari tangan yang menyuapnya bukan lagi tangan yang sama.
Dengan sebak, Abu Bakar berkata:
“Orang yang biasa memberimu makan kepadamu telah wafat.
Dia adalah Nabi Muhammad SAW.”
Menyesal yang tidak berpenghujung, pengemis itu akhirnya memeluk Islam.
Allahu akbar.
Begitu indahnya akhlak Rasulullah SAW, mengajar kita bahawa kebaikan tidak mengenal batas, bahkan mampu melembutkan hati yang paling keras sekalipun.
Semoga kita juga diberi kekuatan untuk mencontohi kasih sayang baginda SAW dalam menyebarkan kebaikan kepada semua.
Jom #BuatBaik!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.


