Sedekah sebenarnya adalah antara amalan paling mudah untuk dimulakan.

Seringkali kita beranggapan, ia hanya mudah bagi mereka yang berharta, sedangkan kita yang berpoket nipis terasa berat untuk memberi.

Namun, lupakah kita firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran, Ayat 134:

“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,…dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” 

Setiap daripada kita digalakkan untuk bersedekah sekadar yang termampu, dalam apa jua bentuk, apatah lagi apabila ia dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Hulur selagi mampu. Dan jika Allah melapangkan rezeki kita dari segi kewangan, mungkin inilah masanya untuk berkongsi sedikit melalui sumbangan.com, khususnya di bulan Rejab yang penuh keberkatan ini.

Moga amalan kecil yang kita mulakan di Rejab ini menjadi kebiasaan apabila Ramadan tiba, dan insya-Allah, terus mengiringi langkah kita hingga ke akhir hayat.

Amin.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author Admin

Write A Comment