Peristiwa Israk dan Mikraj menyimpan hikmah yang sangat besar untuk kita renungi.
Ia berlaku ketika Rasulullah SAW sedang melalui fasa duka yang amat berat iaitu kehilangan isteri tercinta dan juga bapa saudara yang banyak membantu baginda.
Namun, di saat itulah Allah SWT memuliakan Rasulullah SAW dengan sebuah perjalanan yang tidak pernah dianugerahkan kepada sesiapa pun selain dirinya. Baginda diangkat menelusuri lapisan demi lapisan langit serta menyaksikan kebesaran Allah SWT, syurga dan neraka.
Masya-Allah.
Perjalanan agung ini sendiri merupakan sebuah penghiburan dan tanda kasih sayang Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Ia mengajar kita bahawa dalam kesedihan yang paling dalam, hanya dengan mengingati Allah SWT dapat merawat luka di hati.
Oleh itu, insya-Allah, sempena malam Israk dan Mikraj yang akan jatuh selepas waktu Maghrib pada 16 Januari 2026, marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah dan memeriahkan malam tersebut dengan amal soleh sebagai tanda mengingati peristiwa besar ini.
Dan jangan juga kita lepaskan peluang untuk bersedekah melalui sumbangan.com!
Jom #BuatBaik!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

