Di sebalik kemeriahan bulan Syawal sebagai bulan kemenangan, ramai yang tidak tahu bahawa bulan ini juga menyimpan kisah kelahiran dan kewafatan seorang ulama hebat,  Imam al-Bukhari, pengarang kitab Sahih al-Bukhari, rujukan utama dalam ilmu hadis sehingga hari ini.

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Ismail. Sejak kecil, beliau sudah menunjukkan kecerdasan luar biasa. Pada usia 11 tahun, beliau pernah menegur seorang guru hadis yang tersilap meriwayatkan sanad dan itu adalah satu perkara yang sangat mengagumkan untuk usia semuda itu.

Dalam usahanya mencari hadis, beliau menghadapi pelbagai cabaran. Salah satunya, ketika di Baghdad, beliau diuji dengan 100 hadis yang telah diubah sanad dan matannya. Namun, Imam Bukhari berjaya memperbetulkan semuanya, membuktikan kepakarannya dalam ilmu hadis.

Di mana sahaja beliau berada, masyarakat menyambut dan menghormatinya, malah ada yang memuliakannya melebihi sultan kerana ilmunya. Beliau benar-benar dicintai kerana keikhlasan dan pengorbanannya demi memartabatkan sunnah Nabi SAW.

Disebabkan ketelitian dan kejujuran beliau, para ulama sepakat mengatakan bahawa semua hadis dalam Sahih al-Bukhari adalah sahih.

Kata seorang ulama, Abu Zakariya al-Anbari:
“Ilmu tanpa adab seperti api tanpa kayu, dan adab tanpa ilmu seperti jasad tanpa roh.”

Semoga umat Islam hari ini terus menghargai dan mengamalkan ilmu yang diwariskan oleh Imam Bukhari.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment