Sudah pasti, menyaksikan proses penyembelihan ibadah korban kita, dari sembelihan hingga ke pengagihan adalah satu pengalaman yang sangat bermakna. 

Namun, jangan kita sangkal yang pada hakikatnya, korban yang dilakukan di luar negara itu juga ada kelebihannya tersendiri!

Firman Allah SWT:

“Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu…” [Surah al-Hajj: 37]

Apa yang Allah SWT pandang bukanlah tempat, tetapi keikhlasan dan taqwa kita dalam menunaikan perintah-Nya. Maka, janganlah kita ragu-ragu untuk berkorban walau jauh dari pandangan mata kerana pahalanya tetap sampai, insya-Allah.

Justeru, jom kita gunakan kesempatan yang ada ini untuk melaksanakan ibadah korban dengan lebih mudah melalui korban.sumbangan.com, dengan harga bermula RM489. Selesai sahaja ibadah korban anda, kami akan berikan bukti video dan gambar, serta e-sijil kepada anda!

Jangan tunggu lagi, daftarlah segera. Rebut peluang dan manfaatkan hari-hari mulia Zulhijjah dengan ibadah yang mendekatkan kita kepada Allah.

Korban Lebih Mudah, Pahala Lebih Dekat bersama korban.sumbangan.com.

Author

Write A Comment