Saban tahun, kita sering disiarkan dengan isu-isu berkenaan pengemis yang enggan berubah dari keadaannya yang miskin tegar meski pelbagai bantuan telah diberikan.

Sewajarnya, dengan pelbagai bantuan yang mereka terima yang ada kalanya mencapai ribuan bulanan, jika sebahagiannya dijadikan modal untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, pastinya berjaya keluar dari kepompong kemiskinan.

Namun, dengan betapa pemurahnya rakyat di negara kita, aktiviti mengemis boleh disebut sebagai ‘kerjaya’ baharu bagi golongan ini kerana dapat menjana ‘duit mudah’ yang juga disifatkan mengambil kesempatan atas belas kasihan masyarakat.

Sesungguhnya kelakuan mengemis amatlah dilarang dalam Islam apatah lagi jika seseorang itu berkemampuan untuk bekerja.

“Tidak halal menerima sedekah bagi orang kaya dan orang yang sihat tubuh badannya (untuk bekerja).”

[Riwayat al-Nasaei, Ibn Majah dan Abu Daud]

Berikutan peningkatan bilangan ‘pengemis jadian’, semakin ramai yang ragu-ragu untuk menderma kerana dikhuatiri akan sampai ke tangan yang salah.

Justeru, kami percaya melalui sumbangan.com, insya-Allah isu pengemis palsu dapat dibendung kerana setiap individu yang dibantu oleh para penganjur kempen telah diselidik latar belakang mereka untuk memperoleh info yang tepat bagi menjalankan kempen.

Alhamdulillah, kami juga percaya bahawa pembaca di sini merupakan pengguna setia sumbangan.com, pastinya sudah mengenali corak penulisan para penganjur kempen yang menitikberatkan maklumat lengkap dan menyertakan gambar berkaitan sebagai bukti bahawa kempen tersebut adalah sahih dan bukanlah untuk diseleweng.

Tambahan, pegawai di sumbangan.com juga sentiasa membuat semakan secara teliti terlebih dahulu sebelum mana-mana kempen yang dipaparkan menepati polisi kempen yang telah digariskan.

Oleh itu, semoga dengan wujudnya platform kebaikan seperti sumbangan.com ini, para penderma tidak akan ragu-ragu dan bersusah hati untuk melakukan ibadah sedekah, dan pastinya akan sampai ke tangan yang tepat. Insya-Allah.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author Admin

Write A Comment