Cara pemberian sedekah sering menjadi perdebatan. Ada yang berpendapat lebih baik dilakukan secara sembunyi, ada pula yang memilih secara terbuka.
Kenapa?
Kerana kita manusia yang tidak sempurna. Kadangkala kebaikan dipandang kecil, malah ada yang disalah tafsir.
Dalam ajaran Islam, memang dianjurkan untuk bersedekah secara sembunyi, sehingga tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanan.
Namun, dalam realiti hari ini yang penuh dengan penipuan dan penyalahgunaan dana, keterbukaan juga menjadi keperluan.
Ia bukan semata-mata untuk menzahirkan ketelusan, tetapi juga untuk membina keyakinan bahawa setiap amanah benar-benar sampai kepada mereka yang berhak. Hal ini lebih penting khususnya apabila melibatkan dana besar, seperti bagi pembangunan atau operasi rumah kebajikan.
Justeru, di sumbangan.com, anda boleh menyumbang dengan tenang dan penuh keyakinan. Setiap perkembangan kempen akan dikemaskini, dan notifikasinya dihantar terus ke akaun berdaftar anda.
Insya-Allah, amanah anda sentiasa terpelihara.
Jadi, tunggu apa lagi?
Jom #BuatBaik di sumbangan.com!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.