DUA golongan yang terabai; bertuah dan tidak bertuah.

Mereka yang terabai kebanyakannya jika kurang bertuah akan hidup di tepian jalan, di bawah jambatan, mencari makan dengan meminta apabila tidak berjaya mendapatkan apa-apa pekerjaan. Jika bertuah, mereka akan ditemukan dengan orang yang baik untuk membantu mereka, memberi makan pakai, menjaga mereka sebagaimana keluarga sendiri.

Kini sudah banyak rumah-rumah perlindungan yang dibina dari hasil titik peluh seseorang yang sanggup bersusah-payah menjaga insan-insan yang tiada pertalian darah dengan mereka. Golongan ini mungkin dilihat miskin di dunia kerana sentiasa berhabis demi pengoperasian rumah sedemikian, tetapi akhirat mereka siapa yang tahu.

Rasulullah SAW pernah menyebut tentang kebaikan buat mereka yang menjaga anak yatim misalnya, daripada Abu Hurairah RA,

كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ

Maksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. [Riwayat Muslim, (2983)]

‘SCAMMER’ peminta sedekah di media sosial

Mungkin kita sering kali terpandangkan iklan di media sosial yang mengajak untuk menderma di rumah-rumah kebajikan dek kekurangan dana untuk operasi dan sebagainya. Di era gloablisasi kini, memang tidak lari lagi sekiranya kita beranggapan bahawa mereka adalah ‘scammer’ yang sanggup membuat konten palsu semata-mata ingin mendapatkan duit dengan simpati masyarakat. Boleh baca di sini.

Namun, jangan terkejut kalau terkadang wujud mereka benar-benar memerlukan, yang sanggup mengupah agensi pemasaran dengan sedikit modal yang mereka ada supaya boleh menguar-uarkan agar setidaknya ada bantuan luar yang dapat sama-sama membantu pihak pengurusan menjaga golongan yang kurang bernasib baik itu.

SUMBANGAN.COM platfrom ‘Telus, Cepat, Mudah’ !

Lantaran itu, admin di sini ingin memaklumkan buat para pembaca sekalian jika kempen dari sumbangan.com yang ditemui, usah khuatir dengan kesahihan maklumat yang dipaparkan.

Semua kempen-kempen yang dijalankan di platform sumbangan.com dijamin tiada yang mempunyai usul negatif kerana setiap kempen yang diluluskan telah melalui fasa penyemakan oleh pegawai kami melalui dokumen-dokumen yanh telah disertakan.

Bahkan, memang ada penganjur yang sanggup berhabis dengan mengupah agensi pemasaran supaya dana dapat disalurkan dengan kadar segera buat golongan yang mereka sasarkan, apatah lagi pada musim-musim banjir seperti sekarang ini.

Di samping itu, admin turut ingin menjelaskan bahawa setiap dana yang terkumpul akan diagihkan secara terus ke akaun-akaun penganjur kempen pada setiap minggu untuk diberikan kepada golongan sasaran.

Oleh itu, di sumbangan.com, jika ingin menderma, usah risau! Segalanya selamat!

Walau bagaimanapun, sekalipun kita masih memilih untuk sedekah di luar kepada golongan yang kita tidak tahu kesahihan latar belakang mereka dan ternyata mereka menipu, jangan kita bersedih hati. Hal ini disebabkan kita masih akan diberi ganjaran pahala dari niat suci kita yang ingin berbuat kebaikan.

Intihanya, sumbangan.com dalam kata lain merupakan pemudah cara, atau juga boleh dikatakan sebagai suatu inisiatif buat para penderma yang ingin mencari pahala akhirat, manakala sebagai suatu medium buat penganjur yang ingin membantu mereka yang susah.

Lakukan segalanya kerana Allah SWT, insya-Allah hidup kita akan lebih diberkati.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan🤍

Author

Write A Comment