Nu’aiman bin Amr, seorang sahabat Rasulullah SAW yang turut dijanjikan syurga ini suka berjenaka. Nakal sifatnya, sentiasa membuat Baginda SAW tertawa sehingga melihatkan gigi gerahamnya.

Meski beliau sentiasa melibatkan diri dalam semua peperangan bersama sahabat-sahabat yang lain, sikap suka mengusik dan ringan hati memang tidak hilang dari dirinya.

Ada suatu ketika beliau terlihat seorang peniaga madu yang keletihan dengan tiada pembeli sama sekali. Lalu dibawanya peniaga tersebut ke rumah Rasulullah SAW dan disuruh peniaga tersebut tunggu dan dibawa madu tersebut kepada Baginda SAW yang dikatakan hadiah.

Nu’aiman kemudiannya memaklumkan peniaga madu tersebut bahawa beliau ada urusan lain manakala tuan rumah akan keluar untuk membayar madu itu.

Lama peniaga tersebut menunggu akan tuan rumah yang tidak muncul tiba, lantas bangun dan mengetuk pintu seraya berkata yang dia perlu bayaran untuk madunya. Mendengarkan hal itu, Rasulullah SAW terkejut tapi hanya tersenyum kerana dia tahu itu adalah idea Nu’aiman, lalu dibayarnya peniaga tersebut.

Setelah kejadian itu, Baginda SAW bertanyakan sahabatnya atas kelakuannya itu, dan dijawabnya, “Saya ingin mendapatkan kebaikanmu wahai Rasulullah SAW, saya tidak mempunyai apa-apa (wang untuk membeli hadiah itu)”.

Lalu Baginda SAW serta yang lain semuanya turut tertawa.

Hikmahnya, tidak semua para sahabat serius dan ada yang gemar berjenaka dengan Baginda SAW. Iman bukan hanya milik mereka yang sopan sahaja, malah iman turut menyentuh mereka yang berjenaka seperti Nu’aiman.

Dalam berjenaka juga, eloklah kita selitkan dengan amalan sedekah sebagai makanan rohani kita. Semoga segala amalan kita diterima di sisi-Nya.

Jom #BuatBaik bersama sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment