Siapa sahaja antara cicit Rasulullah SAW yang kita ketahui kisahnya? 

Ini diceritakan tentang cicitnya yang dinamakan Ali Zainal Abidin, atau nama panggilannya Imam Ali Zainal Abidin iaitu merupakan anak kepada Sayyidina Hussain RA, serta cucu kepada Sayyidina Ali bin Abi Talib RA.

Beliau yang pada malam hari sering membawa karung makanan untuk disedekahkan kepada fakir miskin di Kota Madinah sendirian sehinggakan pada ketika jenazahnya dimandikan, terdapat kulit kehitaman menebal di punggungnya menjadi pertanyaan di antara mereka sehinggalah ada yang memberitahu kisah sebenar. 

Segala kebaikan yang dilakukan beliau tidak pernah mengharapkan balasan. Jika wang yang dipinjamkan, tidak diharapkan untuk pemulangannya, begitu juga pakaian. Jika janji yang harus dikotakan, beliau tidak akan makan mahupun minum sehingga janji itu dilaksanakan.   

Dalam pesannya kepada puteranya, Imam Muhammad Al-Baqir, Imam Ali Zainal Abidin mengatakan:

“Berbuat baiklah kepada setiap orang yang menuntut kebaikan. Jika dia adalah orang yang berhak menerima kebaikanmu, maka engkau telah melakukan hal yang sepatutnya. Tapi jika dia tidak berhak menerima kebaikanmu itu, maka engkau telah berhak mendapatkan kebaikan. Jika seseorang mencacimu dari sebelah kanan dan beralih ke sebelah kiri, lalu meminta maaf darimu, maka terimalah permintaannya.”

Semoga kisah ini dapat membuka mata kita untuk terus memberi semampu kita.

Wallahu’alam. 

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment