Mempercayai apa sahaja kepercayaan karut iaitu yang tidak termaktub di dalam al-Quran serta hadis Rasulullah SAW boleh membawa kepada kerosakan akidah kita.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpaling daripada melakukan sesuatu hajat kerana beranggapan akan bernasib sial maka dia telah melakukan syirik.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah penebus anggapan itu? Baginda menjawab: “Hendaklah seseorang daripada kamu mengucapkan:

اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ

(Ya Allah, tiada kebaikan melainkan kebaikan-Mu dan tiada kesialan kecuali yang telah Engkau takdirkan dan tiada tuhan yang disembah selain Engkau).” 

(Hadith sahih riwayat Ahmad, No. Hadith : 6748)

Daripada berterusan berfikiran negatif, sebaliknya kita mengambil kesempatan ini untuk memperbanyakkan amal ibadah supaya boleh mendekatkan lagi diri kepada Ilahi.

Amalan seperti solat sunat, berpuasa sunat serta bersedekah mempunyai jauh lebih tinggi nilainya di akhirat nanti dan dapat mensucikan hati kita dari perkara kotor yang boleh membawa kepada perbuatan syirik.

Insya-Allah dengan kita memberi fokus sepenuhnya kepada amalan-amalan sunat, secara tidak langsung boleh meningkatkan keimanan diri yang dapat membantu kita untuk membezakan yang baik dan buruk.

Jom #BuatBaik bersama sumbangan.com!sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment