Berdoa boleh dikatakan merupakan rutin hidup kita seusai solat kerana rata-rata dari kita hanya memandang waktu lapang hanyalah pada waktu itu. Sungguh itu adalah baik bagi kita, namun sebenarnya kita mungkin telah terlepas peluang lebih baik, peluang waktu-waktu mustajab doa.

Jika dilihat dari sudut yang lebih mendalam, selain dari berdoa selepas solat, lebih baik kita meningkatkan usaha tersebut dengan berdoa pada waktu mustajab kerana sebagaimana yang disuka Allah SWT adalah apabila hambaNya meminta kepadaNya.

“Tidak ada seorang muslim pun di dunia ini yang berdoa kepada Allah dengan suatu permohonan, kecuali Allah akan memberikan permohonan itu atau menggantinya dengan perlindungan dari sesuatu yang tidak diinginkan, selama dia tidak berdoa dengan dosa atau memutuskan hubungan silaturahim.”

Seorang pria bertanya, ‘Apakah artinya kita harus semakin banyak berdoa?’ Rasulullah SAW menjawab, ‘Allah justeru lebih banyak memberi.’


Sebagaimana kita tahu, Jumaat merupakan penghulu segala hari, iaitu juga penghulu segala amal oleh kerana setiap amalan soleh yang dilakukan akan digandakan pahalanya, insya-Allah.

Hadis Riwayat Tirmidzi

Namun, berbalik kepada topik asal kita tentang waktu berdoa, tahukah kita akan waktu spesifik yang dikatakan waktu terbaik untuk berdoa?

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim,

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: (Maksudnya): “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah, pasti Allah akan memperkenankan permintaanya itu.”

Berdasarkan hadis ini, ramai yang berpendapat bahawa Allah SWT telah meletakkan waktu yang istimewa pada hari yang mulia untuk dikabulkan setiap permintaan dari hambaNya.

  • Pertama, pada ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat yang mama pendapat ini disookong dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.
  • Kedua, setelah Asar sehingga terbenam matahari.
  • Ketiga, ketika solat didirikan sehingga ia selesai.
  • Keempat, waktu apabila imam keluar sehingga selesainya solat.

Tambahan, ada beberapa lagi pendapat lain yang menyokong dan sebaliknya yang boleh para pembaca teliti lebih lanjut di laman mufti.

Benar, pendapat pasti akan ada yang berbeza, namun hakikat bahawa Jumaat adalah hari yang penuh kemuliaan semestinya tidak dapat dipertikaikan lagi.

Oleh itu, wajar bagi kita untuk meraih sebanyak mungkin pahala melalui kebajikan seperti menghulurkan tangan kepada orang yang susah dan berbuat baik sesama saudara kita. Insya-Allah hidup kita akan lebih tenang dan diberkati.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment