Sementara anak-anak sibuk bekerja di bandar, ibubapa yang ditinggalkan terbiar di kampung kadang-kadang mungkin hilang punca dan arah tuju untuk meneruskan urusan sehari-harian.

Apabila tibanya hari tua, kita disarankan untuk memperbanyakkan ibadah dan mengejar saham akhirat daripada berterusan leka dengan urusan dunia. Benar, bukan hanya kepada yang tua, tapi juga untuk orang muda oleh kerana mati tidak mengenal usia.

Walau bagaimanapun, dalam konteks ini, ia dibina khusus untuk mereka yang sudah berumur, yang memerlukan sesuatu untuk mengisi ruang kosong. Jadi, tidakkah lebih baik sekiranya mereka menggunakan ruang itu untuk menggandakan usaha dalam beribadah bagi mendekatkan diri kepada Sang Pencipta?

Mungkin hal ini yang dibincangkan sehingga timbul cadangan untuk menubuhkan Kompleks Pengajian Pondok Moden Warga Emas!

Banyak yang direncanakan, dan tepat sekali, perancangan manusia tidaklah sehebat perancangan Allah SWT. Ustaz Manolito dan isterinya, Ustazah Hasna’ yang juga pembangun Pondok Tahfiz Tarbiah Al-Ummah adalah ‘mastermind’ penubuhan pondok moden ini.

Sanggup mereka gadaikan tanah yang berharga RM200,000 disebabkan kekurangan dana untuk pembinaan pondok ini. Namun, meski sebesar-besar jumlah yang telah terkumpul, masih juga tidak mampu untuk menampung keseluruhan kos yang memakan hampir RM600,000.

Justeru, seiring dengan penubuhan pondok ini, mereka menjalankan sebuah kempen pengutipan dana dengan mengharapkan masyarakat Malaysia yang pemurah dapat sama-sama membantu mengurangkan beban mereka. Syukur dengan berkat doa dan inisiatif yang diambil, ia telah memberi impak yang besar dan alhamdulillah dapat membantu banyak dari segi kewangan.

Bermotifkan kebaikan buat semua, pondok ini, insya-Allah akan terus dibangunkan untuk melahirkan golongan warga emas yang tidak buta agama, dan boleh menyumbangkan ilmu akhirat kepada lebih ramai lagi muslimin dan muslimat di luar sana.

Besar penghargaan kami berikan kepada para penyumbang yang tidak putus menyokong pembinaan ini. Mudah-mudahan, dengan wujudnya pondok moden ini bakal menjadi pusat penyebaran ilmu yang disenangi orang dan memudahkan semua.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan

Author Admin

Write A Comment