Semoga kita semua senantiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Dalam memperingati peristiwa pada 17 Ramadan, mari kita renungkan kembali betapa besar nikmat yang Allah berikan kepada kita dengan turunnya al-Quran, iaitu sebuah petunjuk yang menerangi jalan hidup kita.  

Nuzulul Quran bukan hanya suatu sejarah, tetapi juga pengingat bahawa kita memiliki cahaya yang akan selalu membimbing kita, di saat bahagia mahupun di saat penuh ujian.

Allah SWT berfirman:  

“Sesungguhnya, Al-Quran ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus…” (QS. Al-Isra’: 9) 

Dengan membaca al-Quran, kita akan diberi ketenangan di kala resah, dikuatkan hati di saat lemah, dan dibimbing langkah agar selalu berada di jalan kebaikan. 

Mari manfaatkan kesempatan ini untuk lebih mendekatkan diri kepada al-Quran kerana hanya di dalamnya terdapat kebahagiaan sejati yang Allah siapkan bagi hati-hati yang bersungguh-sungguh mencarinya.  

Barakallahu fiikum, semoga keberkatan selalu menyertai kita semua.  

Selain mentadabburi al-Quran, jangan lupa untuk gandakan pahala dengan menyisihkan sedikit dari rezeki kita pada hari ini bagi mereka yang memerlukan di sumbangan.com.

Salam Nuzul Quran.

Author Admin

Write A Comment