Sebelum ini, kami pernah berkongsi tentang kelebihan sedekah subuh. Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi bagaimana cara sedekah subuh dari rumah?
Sedekah Subuh adalah sedekah yang dilakukan semasa subuh, selepas menunaikan solat fardhu subuh hingga terbitnya matahari. Banyak kelebihan dan manfaat bila kita menjadikan sedekah subuh ini sebagai rutin harian.
Menurut almarhum Syeikh Ali Jaber, sedekah subuh mempunyai suatu kelebihan tersendiri sebab di waktu tersebut malaikat diturunkan ke bumi untuk mendoakan mereka yang mengeluarkan sedekah pada waktu subuh.
Rasulullah saw pernah bersabda, “Setiap awal pagi saat matahari, terbit, Allah menurunkan dua malaikat ke bumi. Lalu salah satu di antaranya berkata, ‘Ya Allah, berilah kurnia orang yang menginfakkan hartanya. Ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya karena Allah.’ Malaikat yang satu berkata, ‘Ya Allah, binasakanlah orang-orang yang bakhil.’” (HR. Bukhari Muslim dari Abu Hurairah).
Dari hadis tersebut, dapat disimpulkan bahawa malaikat turut mendoakan umat yang bersedekah di waktu subuh agar rezeki yang dimilikinya berkat dan semakin lancar. Sebaliknya, mereka yang enggan untuk bersedekah didoakan agar rezekinya juga ditahan.
Banyak cara yang dapat dilakukan untuk melakukan sedekah subuh. Yang paling utama adalah kita melakukan dengan seikhlas dan semampunya sehingga tidak merasa berat untuk menjadi amalan harian. Berikut adalah empat (4) cara sedekah subuh dari rumah.
- Sediakan tabung ‘Sedekah Subuh’.
Kita boleh sediakan satu tabung dan labelkan tabung itu ‘Sedekah Subuh’. Setiap hari selepas solat subuh, kita boleh memasukan wang sedekah ke dalam tabung walaupun serendah RM1 sekalipun. Ikut kemampuan kita sendiri. Yang penting kita ikhlas dalam mengharapkan redha Allah SWT.
Daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (HR. Bukhari)
Apabila kita merasakan tabung sedekah subuh sudah sedia untuk dibuka, cadangan adalah istiqomah sedekah selama 40 hari. Kita boleh mengagihkan sedekah kita kepada mereka yang selayaknya seperti anak yatim, fakir miskin, ahi keluarga atau sahabat yang dalam kesusahan. Kita boleh juga sedekah kepada pihak masjid dan juga pusat tahfiz.
- Membantu menyelesaikan urusan dirumah.
Tahukah kita dengan membantu meringankan kerja ibu bapa, suami atau isteri dengan membuat kerja rumah pada waktu subuh, insyaAllah boleh dinilai sebagai sedekah subuh jika disertai dengan niat bersedekah.
Mungkin ada yang merasakan ini perkara yang biasa, tetapi Allah jauh lebih mengetahui betapa bernilainya amalan yang dilakukan dengan ikhlas.
Rasulullah Saw bersabda ‘Sedekah kepada orang miskin (bernilai) satu sedekah. Tetapi sedekah kepada kerabat (bernilai) dua sedekah, pertama pahala sedekah, kedua pahala (jaga) silaturrahim.’” (HR An-Nasa’i dan At-Tirmidzi).
Seperti yang disampaikan dalam hadis ini, bersedekah dimulai dulu dari yang terdekat, iaitu rumah dan keluarga.
- Bertanya khabar dan membantu jiran tetangga, sahabat dan mereka yang kesusahan.
Kita tidak tahu jika jiran tetangga dan sahabat dalam kesusahan jika kita tidak bertanya khabar mereka. Sama ada mereka mempunyai masalah kewangan sejak virus Covid 19 melanda ataupun ketika mereka sakit.
Selepas solat subuh, kita boleh membantu mereka dengan meminta akaun bank untuk kita memberi sedikit sumbangan atau kita juga boleh membantu berupa makanan, barang yang mereka perlukan.
- Sedekah Subuh secara Online kepada mereka yang memerlukan.
Dengan sedekah secara online, kita boleh bersedekah pada bila-bila masa. Akan tetapi sedekah yang lebih utama adalah sedekah subuh. Ini kerana Allah SWT turunkan dua malaikat untuk mendoakan mereka yang bersedekah subuh.
Sekarang, kita boleh bersedekah secara online dengan mudah, boleh dilakukan dimana saja melalui platform online seperti sumbangan.com.
Selepas menunaikan solat subuh, kita boleh membuka laman web sumbangan.com, pilih kempen-kempen yang kita ingin bersedekah, dan terus membuat pembayaran secara online. Mudah kan?
Dalam platform sumbangan.com, ia mempunyai lebih seratus kempen yang aktif dengan pelbagai kategori. Kategori perubatan, pendidikan, bencana alam, pembangunan rumah ibadat dan lain lain.
Alhamdulillah, hingga ke saat ini, lebih ribuan orang dermawan yang menjadikan sedekah subuh sebagai rutin harian dengan bersedekah di platform sumbangan.com. Waktu yang ramai orang bersedekah pada jam 5 hingga 7 pagi. Waktu kemuncak jam 6 pagi selepas menunaikan solat subuh.
Platform sumbangan.com merupakan platform kebaikan no.1 di Malaysia. Setiap sedekah yang kita berikan, kita boleh memantau dana yang disalurkan secara live di platform yang sudah disediakan. Insya allah dengan platform sumbangan.com memudahkan kita semua untuk sedekah online.
Itu sahaja 4 bagaimana cara sedekah subuh dari rumah yang kita boleh praktikan. Sedekah subuh tidak melihat besar kecilnya sumbangan,derma, sedekah yang kita berikan. Perkara yang paling utama adalah, keikhlasan hati dan niat semata-mata untuk mendapat redha Allah SWT. Jadi, anda dah tahu cara untuk bersedekah kan? Jom kita mulakan! Semoga dengan sedekah yang kita hulur mendapat keredhaan Allah SWT.