Tak semua orang mampu membantu dengan jumlah yang besar. Ada yang sedang berjimat, ada yang hanya cukup makan, dan ada yang sendiri diuji dengan kekurangan.
Tapi hakikatnya, kebaikan tidak pernah diukur pada angka.
Allah tidak melihat berapa banyak yang kita beri, tetapi hati di sebalik pemberian itu. Sedekah RM10 dengan ikhlas, mungkin lebih bernilai daripada jumlah besar yang diberi tanpa rasa.
Kadang-kadang kita terlalu menunggu “masa yang sesuai” untuk berbuat baik sedangkan, bagi mereka yang memerlukan, hari ini sudah cukup genting.
Jika kita belum mampu membantu banyak, bantulah sekadar termampu kerana sekecil-kecil kebaikan, tetap memberi makna.
Walau kecil di mata kita, besar nilainya di sisi Allah.
Jom #BuatBaik!
sumbangan.com
Memudahkan Kebaikan.


