Alhamdulillah, bulan pertama dalam Islam kini kembali lagi.
Ini bermakna, kita bakal membuka lembaran baru, azam baru, dan niat baru apabila melangkah ke tahun baharu.
Insya-Allah kita ada masa sehingga sebelum maghrib, 29 Zulhijjah iaitu bersamaan 26 Jun 2025, untuk bermuhasabah diri dan memperbaiki niat.
Dan, bersempena dengan itu juga, sama-sama kita amalkan doa-doa ini sebagai penutup tahun 1446H dan pemula tahun 1447H.
Doa Penutup Tahun Hijrah (dibaca 3 kali sewaktu selepas Asar hingga sebelum Maghrib)
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata, âHampalah kami di sepanjang tahun iniâ.
اÙÙÙÙÙ°ÙÙÙ ÙÙ Ù ÙØ§ عÙÙ ÙÙÙØªÙ Ù ÙÙ٠عÙÙ ÙÙÙ ÙÙÙ ÙٰذÙÙÙ Ø§ÙØ³ÙÙÙÙØ©Ù Ù ÙØ§ ÙÙÙÙÙÙØªÙÙÙ٠عÙÙÙÙÙ ÙÙÙÙÙ Ù Ø£ÙØªÙب٠٠ÙÙÙÙÙ ÙÙØÙÙÙÙ ÙØªÙ ÙÙÙÙÙØ§ عÙÙÙÙÙ٠بÙÙÙØ¶ÙÙÙÙÙ Ø¨ÙØ¹Ùد٠ÙÙØ¯ÙØ±ÙØªÙÙ٠عÙÙÙ٠عÙÙÙÙÙØ¨ÙتÙÙÙ ÙÙØ¯ÙعÙÙÙØªÙÙÙÙ٠إÙÙÙÙ Ø§ÙØªÙÙÙÙØ¨Ùة٠٠ÙÙÙ Ø¨ÙØ¹ÙØ¯Ù Ø¬ÙØ±ÙØ§Ø¡ÙØªÙÙ٠عÙÙÙÙ Ù ÙØ¹ÙصÙÙÙØªÙÙÙ ÙÙØ¥ÙÙÙÙÙ Ø§Ø³ÙØªÙغÙÙÙØ±ÙتÙÙÙ ÙÙØ§ØºÙÙÙØ±ÙÙÙÙÙ ÙÙÙ ÙØ§ عÙÙ ÙÙÙØªÙ ÙÙÙÙÙÙØ§ Ù ÙÙ ÙÙØ§ ØªÙØ±ÙضÙÙ ÙÙÙÙØ¹ÙØ¯ÙØªÙÙÙÙ٠عÙÙÙÙÙÙÙ Ø§ÙØ«ÙÙÙÙØ§Ø¨Ù ÙÙØ£ÙØ³ÙØ¦ÙÙÙÙ٠أÙÙÙ ØªÙØªÙÙÙØ¨ÙÙÙÙ Ù ÙÙÙÙÙÙ ÙÙÙÙØ§ تÙÙÙØ·ÙØ¹Ù Ø±ÙØ¬ÙائÙÙÙ Ù ÙÙÙÙÙ ÙÙØ§ ÙÙØ±ÙÙÙÙ Ù
“Ya Allah, perbuatan apapun yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau larang dan aku belum bertaubat darinya, sedangkan Engkau masih bersabar terhadapku dengan kurnia-Mu setelah Engkau memiliki kekuasaan untuk menghukumku, dan Engkau mengajakku untuk bertaubat setelah aku berani melakukan maksiat kepada-Mu, maka aku memohon ampunan-Mu, ampunilah aku. Dan perbuatan yang aku lakukan tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala atasnya, aku memohon kepada-Mu untuk menerimanya dariku. Janganlah Engkau memutuskan harapanku kepada-Mu, wahai Yang Maha Mulia.”
Doa Awal Tahun (dibaca 3 kali selepas masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharam)
Barangsiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, âTelah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.â
اÙÙÙÙÙ°ÙÙÙ Ù٠أÙÙÙØªÙ Ø§ÙØ£ÙØ¨ÙØ¯ÙÙÙ٠اÙÙÙØ¯ÙÙÙ Ù Ø§ÙØ£ÙÙÙÙÙÙ ÙÙØ¹ÙÙÙÙ ÙÙØ¶ÙÙÙÙÙ Ø§ÙØ¹ÙظÙÙÙÙ Ù ÙÙÙÙØ±ÙÙÙ٠٠جÙÙÙØ¯ÙÙ٠اÙÙ ÙØ¹ÙÙÙÙÙÙØ ÙÙÙÙ°Ø°ÙØ§ Ø¹ÙØ§Ù Ù Ø¬ÙØ¯ÙÙÙØ¯Ù ÙÙØ¯Ù Ø£ÙÙÙØ¨ÙÙÙØ Ø£ÙØ³ÙØ£ÙÙÙÙÙ Ø§ÙØ¹ÙصÙÙ ÙØ©Ù ÙÙÙÙÙÙ Ù ÙÙÙ Ø§ÙØ´ÙÙÙÙØ·ÙاÙÙ ÙÙØ£ÙÙÙÙÙÙÙØ§Ø¦ÙÙÙØ ÙÙØ§ÙعÙÙÙÙ٠عÙÙÙÙ ÙٰذÙÙ٠اÙÙÙÙÙÙØ³Ù Ø§ÙØ£ÙÙ ÙÙØ§Ø±ÙØ©Ù Ø¨ÙØ§ÙسÙÙÙÙØ¡ÙØ ÙÙØ§ÙØ§ÙØ´ÙØªÙØºÙاÙ٠بÙÙ ÙØ§ ÙÙÙÙØ±ÙÙØ¨ÙÙÙÙ٠إÙÙÙÙÙÙ٠زÙÙÙÙÙÙ ÙÙØ§ Ø°ÙØ§ Ø§ÙØ¬ÙÙÙØ§ÙÙ ÙÙØ§ÙØ¥ÙÙÙØ±Ùا٠Ù
“Ya Allah, Engkau yang Abadi, Qadim, dan Awal. Kerana kurnia dan kemurahan-Mu yang besar, Engkau menjadi harapan yang teguh bagiku. Saat memasuki tahun baru ini, aku memohon perlindungan dari godaan setan dan pengikut-pengikutnya. Aku juga memohon pertolongan-Mu dalam mengatasi hawa nafsu yang sering menggoda untuk berbuat jahat. Aku memohon petunjuk dari-Mu agar setiap aktiviti seharianku dapat mendekatkan diriku pada rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.”
Semoga pada tahun baru ini, bukan sahaja azam baru, tetapi kita turut dikurniakan kekuatan dan ketekalan baru untuk berterusan mempraktikkan amal soleh dan tentunya bersedekah di sumbangan.com.
Amin.
Selamat menghayati dan selamat beramal.
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.


