Berlainan negara tidak menjadikan kita berbeza kerana muslim di mana-mana pun adalah bersaudara.

Sering kali kita melihat warga asing yang datang menetap di negara kita untuk mencari rezeki disebabkan kekurangan pekerjaan di negara mereka, atau mungkin juga disebabkan ekonomi negara mereka yang semakin merudum.

Malaysia, negara yang terkenal dengan kemakmuran dan rakyatnya yang bersifat pemurah. Hal ini secara tidak sengaja telah menarik perhatian mereka yang dengan penuh harapan kita akan menerima kedatangannya dengan tangan terbuka.

Jika kita perhatikan setiap kali bencana melanda di kawasan Asia Barat, rakyat Malaysia tidak pernah lekang untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan tidak kira dari segi barangan mahupun kewangan meski negara sendiri juga turut bergelut dengan isu ekonomi.

Walau bagaimanapun, ada antara kita yang berpendapat bahawa sedekah lebih baik diberikan kepada masyarakat tempatan sahaja sepertimana yang disyariatkan oleh Rasulullah SAW dengan mendahulukan kaum kerabat sebelum orang luar.

Sesungguhnya, siapalah kita untuk menolak hadis Rasulullah SAW? Namun, jika dilihat dalam konteks sebegini, dengan keadaan negaranya yang terkesan, ada besar kemungkinan bahawa mereka hanya menunggu belas dari negara luar kerana kerajaan mereka sendiri sudah tidak mampu membantu.

Oleh itu, wajar bagi kita untuk berkongsi dengan mereka, lebih-lebih lagi apabila kita dalam kalangan orang yang berkemampuan.

Dengan bermacam-macam misi kemanusiaan yang telah dijalankan, Iltizam Relief Society sekali lagi mengusahakan bantuan pek makanan kepada masyarakat asnaf di Kemboja melalui kempen di bawah sumbangan.com.

Sejak pandemik pada tahun 2020, statistik laporan negara tersebut menunjukkan semakin tinggi peratusan rakyatnya yang berada di bawah paras kemiskinan dengan 2.8% dari tahun sebelumnya.

Sumbangan dari mereka yang bersimpati dalam kalangan penderma di platform sumbangan.com telah menerangi harapan mereka untuk terus berjuang. Dengan dana yang telah terkumpul, pihak Iltizam akan menyediakan pek makanan yang berisi beras, minyak, gula, susu, dan lauk ikan kering haruan dan juga ikan sardin untuk keluarga-keluarga di sana.

Ayuh kita doakan semoga segala kebaikan yang dilakukan akan sentiasa dipermudahkan.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan

Author Admin

Write A Comment