Pernahkah kita merasa kekurangan wang meskipun gaji tidak pernah putus?
Resah dan gusar walaupun keperluan asas sentiasa tersedia?
Itu tandanya jiwa kita tidak tenang. Rohani kita juga perlukan santapannya, bukan hanya badan kita yang perlu diisi.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 274 yang bermaksud:
âOrang-orang yang menafkahkan hartanya siang dan malam, secara sembunyi dan terang-terangan, pahala mereka di sisi Tuhan mereka. Tidak ada ketakutan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.â
Justeru, berjinak-jinaklah dengan amalan bersedekah untuk memperoleh ketenangan hati.
Apabila hati kita tenang, kita akan mula melihat kebaikan dalam setiap apa yang berlaku.
Dari Said bin Abi Burdah, daripada datuknya, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda tentang perlunya bersedekah semampu kita:
ââWajib bagi setiap Muslim untuk bersedekah.â Para sahabat bertanya, âJika dia tidak mampu?â Nabi menjawab, âMaka dia harus bekerja dengan tangannya, lalu memberi manfaat pada dirinya dan bersedekah.â Mereka bertanya lagi, âJika dia tidak mampu?â Nabi menjawab, âMaka dia harus menolong orang yang membutuhkan.â Mereka bertanya lagi, âJika dia tidak mampu?â Nabi menjawab, âMaka dia harus menyuruh orang lain berbuat baik.â Mereka bertanya lagi, âJika dia tidak mampu?â Nabi menjawab, âMaka dia harus menahan diri dari kejahatan, kerana itu adalah sedekah baginya.ââ
(Hadis Riwayat Bukhari)
Bersedekah bukan hanya untuk ketenangan hati, tetapi juga untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.
Insya-Allah.
Jom #BuatBaik!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.


