Kampung Seriguna yang bertempat di Sumatera, Indonesia merupakan sebuah perkampungan yang boleh dikatakan agak pedalaman, lebih-lebih lagi dengan kedudukannya yang berhampiran tebing sungai.

Dengan peratusan kaum Muslim yang tinggi di negara tersebut, wajarlah apabila penduduk setempat bersepakat membangunkan masjid bagi memudahkan aktiviti-aktiviti penyebaran ilmu serta solat Jumaat diadakan.

Walau bagaimanapun, disebabkan jumlah penduduk yang ramai, masjid tersebut sering kali penuh dan telah menyebabkan mereka terasa berbahang akibat haba dari badan masing-masing ketika solat. Tambahan dengan kedudukan masjid tersebut di sebelah tebing sungai, telah menambah bahangnya.

Oleh yang demikian, pihak PPIM yang telah menghantar wakil ke sana dan berbincang akhirnya sepakat untuk mengadakan sebuah kempen kutipan dana bagi menyumbang sembilan buah penghawa dingin untuk dipasang di Masjid Darul Muttaqin.

Tujuan yang paling utamanya adalah bagi meningkatkan kualiti ibadah para jemaah dan semakin senang hati untuk berkunjung. Alhamdulillah dengan niat yang baik, segalanya dipermudahkan.

Kutipan dana tersebut telah mencapai sasaran dalam masa yang ditetapkan dan kerja-kerja pembelian serta pemasangan terus dilaksanakan tanpa berlengah. Rata-rata khabar yang disampaikan dari para penduduk berbaur positif telah melegakan pihak penganjur kerana kempen penganjuran kutipan dana tersebut telah membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan.

Bilangan jemaah juga semakin bertambah selari dengan pertambahan majlis keagamaan. Sungguh besar pahala penderma yang sudi menghulurkan sedikit sebanyak untuk jayakan kempen ini, subhanallah.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author Admin

Write A Comment