Iltizam Relief Society meneruskan misinya dalam membantu baiki rumah-rumah penduduk Gaza yang terpaksa tidur dalam keadaan yang terdedah dengan bahaya luar
Rakyat Gaza tidak pernah putus berdepan dengan ancaman dan serangan dari tentera Zionis.
Tenang? Itu mungkinlah perkataan yang jauh dari kamus hidup mereka kerana sampai ke saat ini, mereka hanya mampu berdoa agar diberi kesempatan untuk hidup sehari lagi. Apatah lagi yang berkeluarga.
Begitulah kiranya dikatakan hidup mereka, seolah tidur-tidur ayam sahaja pada malam hari. Kita merasakan hidup kita susah ketika wang menjadi perantara, tapi untuk mereka, nyawa yang menjadi mainan pihak Zionis.
Melihatkan keadaan ribuan buah rumah yang mengalami kerosakan teruk, pihak Iltizam mengambil inisiatif untuk menjalankan kempen kutipan tabung bagi pembaikian rumah mereka.
Selari dengan harapan yang ditanamkan melalui inisatif ini, sungguhpun memakan masa yang panjang, bakal menjadi pelindung untuk mereka dari anasir jahat.
Alhamdulillah, sejumlah 9 buah rumah telah berjaya dibaiki, dan pihak Iltizam kini meneruskan perjuangan mereka dengan membaiki rumah ke-10.
Selama ini, kita cuma tahu cerita luaran, setakat yang dilaporkan melalui liputan media sahaja. Bertambah-tambah bilangan kematian setiap hari, dengan banyak kemusnahan berlaku.
Di mata kita, semua itu sudah menjadi normal untuk mereka. Pada hakikatnya, mereka juga manusia biasa yang lemah dan mengharapkan keajaiban supaya boleh hidup seperti kita, sentiasa hidup berbumbung, yang tidak perlu risaukan ancaman bahaya.
Allahu akbar.
Buat para penderma di luar sana yang telah menyumbang untuk kempen pembaikian rumah-rumah mereka, semoga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah SWT.
Bersama kita doakan supaya proses pembaikian rumah-rumah saudara kita di Gaza berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.
Jom #BuatBaik bersama sumbangan.com!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.