Pejam celik, pejam celik, ada baki 3 hari lagi menuju Ramadan!

Kita, sebagai muslim yang mukmin haruslah tahu bahawa masa sangat bermakna untuk kita penuhkan dengan perkara-perkara baik seperti mencari rezeki halal dan beribadah kepada Allah SWT. 

Dalam al-Quran juga Allah SWT ada menyebut tentang manusia dan masa yang bermaksud:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.” – Surah Al Asr, ayat 1-2.

Dengan tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang Ramadan, jom sama-sama kita amalkan beberapa kebaikan ini bagi mempersiapkan diri supaya kita tidak membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah!

  1. Melunasi hutang puasa lalu
  2. Bermaaf-maafan
  3. Bekalkan diri dengan ilmu puasa Ramadan
  4. Berdoa agar dipertemukan dengan Ramadan

Pastinya lebih banyak lagi ibadah yang boleh dilakukan, namun, empat perkara ini merupakan teras untuk kita sediakan diri agar apabila tibanya bulan mulia itu, hati kita telah bersih dan senang untuk menerima dan mengejar lebih banyak pahala. Insya-Allah.

Sementara itu, sekiranya anda risau terlepas peluang untuk bersedekah bulan Ramadan nanti, jom sedekah di kempen-kempen sumbangan berterusan khusus untuk 30 hari hanya di sumbangan.com!

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author Admin

Write A Comment