Al-Quran merupakan mukjizat teragung yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW bagi umatnya di muka bumi ini sebagai petunjuk dan hidayah sebagaimana isi kandungannya yang lestari kerana tidak pernah mempunyai sebarang penambahan huruf mahupun ayat sejak pertama kali diturunkan.

Sepertimana Allah SWT telah sebut melalui tafsiran Surah Al-Hijr, ayat 9,

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

Bermula dengan lima ayat pertama Surah Al-’Alaq, al-Quran telah diturunkan pada 17 Ramadan, yang menambahkan lagi keistimewaannya bulan Ramadan dan hari tersebut telah digelarkan sebagai Nuzul Quran. 

Sebagaimana ia diturunkan sebagai panduan hidup kita, malam inilah malam terbaik untuk kita perbanyakkan mempelajari al-Quran kerana amalan membacanya bukan sahaja dapat menyelamatkan kita dari kesulitan, tetapi juga sebagai peneman kita di alam barzakh kelak.

Subhanallah.

Jadi, jom baca al-Quran dan sambil-sambil itu, jangan lupa untuk sisihkan sedikit dari rezeki kita pada hari ini bagi mereka yang memerlukan di sumbangan.com.

Salam Nuzul Quran.

Author Admin

Write A Comment