Kos operasi di rumah-rumah kebajikan sentiasa menjadi kebimbangan para penjaga yang menguruskannya apatah lagi apabila dana pengoperasian bergantung pada sumbangan orang ramai.

Apabila kekurangan sumbangan, maka segala keperluan untuk pengoperasian akan terhad dan secara tidak langsung boleh memberi impak kepada penduduk.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk mencari pelbagai cara dalam menangani krisis kewangan termasuk dengan menguar-uarkan di media bagi menarik perhatian orang ramai untuk bersama membantu mereka.

Semestinya wajar bagi kita untuk bersama menyokong usaha mereka ini sedang mereka telah menjaga mereka yang tidak bernasib baik secara sukarela, setidaknya sedekah seikhlas hati merupakan jalan terbaik.

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Al-Inayah merupakan salah satu organisasi yang prihatin akan pertambahan bilangan kes pembuangan bayi, broken family, dan lain-lain yang kurang bernasib baik, telah menubuhkan Rumah Titian Kasih Al-Inayah bagi menempatkan mereka.

Dengan tertubuhnya rumah kebajikan tersebut, maka dana bagi menggerakkannya juga turut sama diperlukan. Lantaran itu, pihak penganjur mengambil jalan tengah untuk mencari dana melalui pembukaan kempen di sumbangan.com.

Selagi usaha diletak, hasilnya pasti akan terlihat. Begitu juga kempen pihak Al-Inayah. Kempen yang dijalankan dengan penerangan yang jelas disertakan dengan gambar sebagai bukti telah meraih kepercayaan ramai rakyat Malaysia sekaligus menjayakan kempen mereka.

Alhamdulillah.

Doakan semoga agar amalan sebegini tidak akan pernah luput, dan pihak penganjur juga turut berterusan mencari ikhtiar sebagai tulang belakang pusat jagaan tersebut.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan

Author Admin

Write A Comment