Kita tidak pernah terfikir tentang kemungkinan kita antara orang yang akan diserang dengan pelbagai penyakit bahaya. Apatah lagi pada usia muda.

Di era globalisasi, terdapat semakin banyak pembangunan serta kepelbagaian makanan yang diperkenalkan sehinggakan ada yang memperbaharui resepi tradisional kepada moden dengan mencampuradukkan makanan dari berlainan kaum mahupun negara.

Tidak diketahui bahawa penjagaan makanan itu sangat penting bagi menjamin tubuh badan yang sihat kerana kita memerlukan badan kita untuk jangka masa yang lama. Tambahan, perlu diingatkan bahawa badan kita ini hanyalah pinjaman dari Allah SWT, yang perlu dikembalikan suatu hari nanti.

Salah satu penyakit yang ditakuti ramai

Meski dengan bermacam-macam faktor yang membawa kepada penyakit kanser yang patut digeruni, masih juga ramai yang tidak mengendahkannya. Faktor yang paling biasa adalah berat badan berlebihan, diet yang tidak seimbang, dan genetik. Walau bagaimanapun, pengamalan gaya hidup yang sihat sejak usia muda dapat mengurangkan risiko tersebut lebih-lebih lagi bagi faktor genetik.

Bagi kaum hawa, kanser payudara merupakan mimpi ngeri yang hanya dapat didoakan supaya dijauhkan dari segala kebolehjadiannya. Tidak kira pada tahap berapa sekalipun, semua membawa bahaya tersendiri sekiranya tidak ditangani lebih awal sehinggakan boleh membawa maut.

Di sini dikhabarkan tentang Puan Zakiah yang didiagnos dengan kanser payudara, diperkenalkan melalui kempen pihak Pertubuhan Amal dan Sosial Anak Lenggong Perak akibat ketidakcukupan sumber kewangan bagi segala kos rawatan. Ditakdirkan suaminya bekerja sebagai tukang kebun, sungguh sukar untuk mereka dapatkan wang mencukupi meski dengan dirinya turut membantu melalui jualan dalam talian sebagai sampingan.

Usaha itu penting kerana itu Allah SWT temukan Puan Zakiah dengan orang baik yang telah membantu mengumpulkan dana buatnya. Alhamdulillah hasil kutipan melalui platform sumbangan.com telah menyinari dunianya kembali dengan penyerahan derma sejumlah RM15,000.

Dengan dana sebesar itu, diharapkan ia dapat membantu memudahkan urusan Puan Zakiah dalam meneruskan rawatan kemoterapi seperti yang disarankan doktor.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author Admin

Write A Comment