Kita semua membesar dengan budaya sendiri, dengan cara tersendiri mengikut keturunan masing-masing. Ada kala ia pengaruh dari ajaran nenek moyang, atau agama. Justeru, ia menjadikan seseorang individu itu berbeza antara satu sama lain.

Dari sekecil-kecil tabiat, terkadang jika direnung kembali mungkin kita sedar bahawa ada yang kurang baiknya, tetapi kerana itu telah menjadi tabiat kita, maka sukar diubah.

Hormati Yang Tua

Misalnya apabila datang bertandang ke rumah jiran atau saudara-mara, mereka menjemput kita duduk di kerusi, dan untuk dirinya sendiri sudah tiada tempat, jadi mereka lebih memilih untuk hanya duduk di lantai.

Benar, Islam mengajarkan kita untuk memuliakan tetamu, tetapi kita sendiri sebagai tetamu, lebih-lebih lagi yang jauh lebih muda dari tuan rumah, tidakkah lebih baik sekiranya kita yang duduk di lantai bagi menghormatinya?

Tambahan, anak-anak muda masa kini semakin taksub dengan teknologi canggih, sikap menghormati orang tua dilihat kian terhakis dalam masyarakat.

Sedekah Bukan Sekadar Memberi

Seperkara lagi, tabiat yang telah diibaratkan nadi dalam masyarakat kita – sedekah makanan.

Sedekah makanan merupakan tabiat yang amatlah mulia dipraktikkan dan sering kali dilihat pada musim perayaan apabila jiran tetangga bertukar juadah untuk saling merasa masakan bagi meraikan hari yang baik.

Namun, pada hari biasa, sedekah makanan pada zaman ini adalah dengan memberi lebihan makanan iaitu dari sisi pemberi adalah untuk mengelakkan pembaziran.

Itu tidak salah, malah amat digalakkan. Akan tetapi, yang menjadi bertentangan dengan maksud sedekah sebenarnya apabila lebihan makanan yang diberikan itu bukanlah dari makanan baharu, namun mungkin sahaja sudah tidak dikehendaki lagi.

Sebagai pemberi, kita sewajarnya sedar bahawa apa yang ingin dikongsi adalah yang dapat dimanfaatkan oleh penerima dan bukan memberatkan. Sekiranya makanan yang sudah hampir basi diberikan, maka sayang sekali jika makanan tersebut terpaksa dibuang dan lebih teruk jika sakit yang menimpa mereka.

Seharusnya kita memuliakan mereka, apatah lagi jika penerima adalah dalam kalangan yang susah, yang sudah sekian lama tidak merasa makanan lazat. Jika makanan baik tidak dapat diberikan, alangkah baiknya jika wang ringgit yang dihulurkan.

Sedekahlah di sumbangan.com melalui pelbagai jenis kempen untuk mereka yang memerlukan semampu kita, dan pastinya tidak akan memudaratkan penerima.

Ingat, orang susah bukanlah ‘tong sampah’ untuk kita berikan apa yang kita tidak lagi ingini.

Berkongsilah dengan niat ikhlas di hati. Dengan ikhlas, insya-Allah segala yang kita berikan baik belaka, dan dihargai penerima.

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author Admin

Write A Comment