Sejak 7 Oktober 2023, hancur hati kita melihatkan keadaan saudara di Palestin yang tanpa henti dibom, diserang dan diinjak-injak maruah sebagai manusia. Kata zionis, kita yang tidak berpihak kepada mereka adalah anti-semitisme dek kerana begitu jauh ketidakseimbangan antara sokongan terhadap Palestin dan mereka.

Namun, apa yang mereka tidak faham bahawa bukan anti-semitisme yang sesuai digelarkan kepada kita, tetapi humanisme kerana memutuskan untuk menghargai nyawa manusia kerana semua makhluk adalah sama di sisi Allah SWT, apatah lagi mereka telah pertahankan tanah itu berdekad-dekad lamanya. Bahkan, dengan begitu jelas kita dipertontonkan siapa yang ditindas dan siapa yang menindas? Masih waras dan celik rasanya untuk berfikir antara kebenaran dan kebohongan.

Kini kita sudah memasuki bulan ke-4 penindasan bertubi-tubi oleh zionis. Rafah yang merupakan satu-satu daerah yang diisytiharkan ‘zon selamat’ untuk saudara-saudara kita bertapak, sekarang tanpa belas dan berfikir panjang masih juga diserang meski dengan lebih sejuta rakyat Palestin sedang berkumpul di situ.

Rafah yang tidak lagi selamat
Mereka terpaksa berebut sebegini hanya untuk dapatkan roti sebagai alas perut

Angka kematian yang semakin meningkat amat mengerikan, lebih-lebih lagi dengan tiada tanda-tanda mereka akan memberhentikan penyerangan tersebut.

Rintihan anak yang kematian ibu, ayah yang kehilangan jasad keluarga yang terkambus di bawah runtuhan-runtuhan bangunan…

Satu dunia.

Satu dunia sedang melihat apa yang dilakukan oleh puak zionis terhadap rakyat Palestin, namun tiada yang dapat menghentikan semua ini. Sungguhlah, kerakusan manusia akan harta membutakan mata hati mereka untuk melihat kebenaran dan menyuarakan sokongan.

Namun, inilah pentingnya media pada era ini yang telah menjadi pengaruh besar dalam hidup kita. Walaupun kita dilihat hanya berdiam diri di rumah, tetapi tidak bermaksud kita tidak dapat membantu mereka sama sekali.

Motaz Azaiza, wartawan dari Gaza yang berani dan telah menjadi hero, mendedahkan realiti di sana dan kini telah keluar dari Gaza

Satu perkara yang telah mengajarkan kita melalui penindasan ini adalah kuasa media adalah besar kerana dengan kerjasama wartawan yang bertauliah di sana, kita dapat mengetahui berita tentang saudara kita di sana secara langsung. Dengan keberanian mereka, kini semua sudah mengenali rupa pengganas yang sebenar dan bahawa mereka yang membutakan mata selama ini akhirnya sedar akan kebenaran.

Oleh itu, setidaknya selain dari doa yang kita sampaikan, sebarkan seberapa banyak berita yang kita dapat melalui media sosial bagi memberi penekanan kepada dunia bahawa apa yang berlaku di Gaza sekarang adalah realiti yang perlu dihentikan serta-merta. Bukan esok atau lusa, dan bukan juga sehingga mereka dapat kata sepakat.

Kalau bukan di dunia ini, di akhirat nanti puak zionis laknatullah pasti menerima balasan yang setimpalnya kerana para syuhada’ di sana yang bakal menjadi saksi segala kekejaman ini.

Sekiranya anda ingin menyumbang untuk saudara kita di sana, boleh terus ke laman sumbangan.com dengan carian kata kunci ‘GAZA’.

ALL EYES ON RAFAH.

From the River to the Sea, Palestine Will be Free.

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment